Isu HangatThis is a featured page


Saman kerajaan jika terus laksana PPSMI
Isu Hangat - GURU MALAYSIA“Kami akan ambil tindakan undang-undang.”…Itu tegas Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) yang tidak menolak kemungkinan berbuat demikian terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.
Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, PPSMI secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang termaktub bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
“Langkah itu mungkin sebagai tanda kemuncak kepada kekecewaan kalangan cendekiawan dan pencinta bahasa Melayu kerana desakan supaya PPSMI tidak diteruskan sebelum ini tidak mendapat maklum balas yang sepatutnya daripada kerajaan,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perpaduan Melayu di sini semalam.
Ismail berkata, natijah daripada sikap kerajaan sendiri yang tidak menghormati dan mempercayai kesucian Perlembagaan Persekutuan telah menyebabkan pelbagai pihak mengambil kesempatan untuk memperlekehkan ketuanan Melayu. — KosmoOnline

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Kerajaan BN akan terus baiki kedudukan bumiputera melalui perdagangan

01/03/2008 5:44pm


JOHOR BAHARU 1 Mac - Kerajaan Barisan Nasional akan terus menekankan usahanya untuk melahirkan masyarakat perdagangan di kalangan Bumiputera, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Beliau berkata ini adalah untuk memperbaiki kedudukan ekonomi agar jurang antara masyarakat lain dengan Bumiputera tidak terlalu besar.
“Sejak 2004 kita telah melahirkan 130,000 usahawan Bumiputera yang terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi dan telah memberikan pinjaman sebanyak RM18 bilion kepada mereka,” katanya selepas merasmikan outlet Perabot Ria Johor Baharu di Pekan Francais, Pulai Perdana hari ini.
Usaha kini ditumpukan bagi menyediakan masyarakat Bumiputera untuk merebut sebarang peluang yang diwujudkan di koridor pembangunan di seluruh negara seperti Wilayah Pembangunan Iskandar di negeri ini, katanya.
Mengenai industri perabot, Khaled berkata nilai eksport perabot negara telah meningkat kepada RM7.6 bilion pada tahun lepas berbanding RM7.25 bilion pada tahun 2006 yang mana 20 peratus daripadanya adalah daripada penyertaan Bumiputera.
Khaled berkata kerajaan berharap untuk meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera dalam eksport perabot negara kepada 40 peratus.
Nilai jualan perabot domestik pada tahun lepas ialah RM1.2 bilion di mana penyertaan Bumiputera adalah sebanyak dua peratus.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pemimpin Umno gagal urus ekonomi negara
Ustaz Abdul Hadi Awang
Tue | Feb 26, 08 | 10:41:00 pm MYT

Ekonomi adalah merupakan tunggak kemajuan sesebuah negara. Ekonomi yang diuruskan secara efisyen dapat memacu pertumbuhan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 di samping kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh rakyat.

Permasalahan Sejak 1957, di sepanjang pemerintahan kerajaan Umno/BN, telah berlaku pelbagai kepincangan ekonomi. Antara kepincangan yang utama ialah:
1. Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000–2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter hingga RM1.92/liter iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.
2. Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.
3. Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat
4. Walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.
5. Pengurusan wang rakyat yang tidak cekap menyebabkan pembaziran secara berleluasa telah berlaku. Ini termasuk: a. Pembatalan pembinaan jambatan bengkok yang menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM257 juta. b. Kerugian membeli saham Agusta sebanyak RM510 juta. c. Pembatalan projek Incinerator di Broga yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM500 juta untuk membayar pampasan.
6. Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.
7. Pengisytiharan pelbagai projek Koridor Ekonomi seperti WPI, NCER, ECER, SDC dan SCORE, yang menelan belanja mencecah 1 trillion ringgit adalah sangat meragukan. Tidak ada sebarang penjelasan yang lengkap bagaimana sumber kewangan yang begitu banyak dapat dijanakan untuk menampung projek-projek berkenaan.

Penegasan dan Gesaan PAS sentiasa mengambil sikap yang serius dan amat perihatin terhadap perkembangan ekonomi Negara. Dengan ini, PAS secara jelas menegaskan bahawa kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah gagal dalam memacu menigkatkan lagi daya saing ekonomi negara. Dengan demikian, PAS dan seluruh masyarakat yang prihatin serta mencintai kemajuan dan kesaksamaan ekonomi dengan tegasnya menggesa agar rakyat Malaysia menolak kerajaan UMNO/BN yang gagal mengurus ekonomi Negara dengan berkesan. PAS ingin menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk membuat perubahan ini melalui pilihanraya umum ke-12 ke arah pembentukan sebuah kerajaan berkebajikan yang lebih bertanggungjawab dan prihatin.

26 Febuari 2008
DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)


*********************************************************************************************

Daud diterima bersekolah semula

Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Kota Tinggi, Daud Nordin yang dibuang sekolah ekoran insiden menolak seorang guru, diterima semula untuk belajar di sekolah tersebut. Hari ini, Daud, 17, kembali ke sekolah dan mengikuti pelajaran seperti biasa setelah bapanya, Nordin Narkam, 56, mengunjungi Pengarah Pelajaran Negeri, Mokhy Saidon di pejabatnya di sini semalam. Nordin turut membawa bersama anaknya, Daud dalam pertemuan tersebut. Nordin berkata, dalam pertemuannya dengan Mokhy, dia turut membawa bersama surat rayuan dan borang kemasukan ke sekolah lama anaknya itu.
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Pelajaran kerana menepati janjinya dan terima kasih kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar yang menangani masalah ini dengan baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurutnya, surat rayuan dan borang permohonan kemasukan semula ke SMK Bandar Kota Tinggi diterima oleh Pengarah Pelajaran Negeri itu tanpa sebarang masalah. Katanya, kini anaknya akan cuba menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran kerana segala kemelut yang berlaku telah pun diselesaikan dengan cara baik. Dia berkata, anaknya juga tidak keberatan untuk mengikuti program Jati Diri selama beberapa hari. Katanya, dengan mengikuti program tersebut, disiplin Daud diharap akan bertambah baik walaupun dia dimaklumkan anaknya itu sebenarnya tidak berhadapan dengan masalah disiplin yang serius. Ujarnya, sebagai bapa, dia juga berjanji akan lebih mendekatkan diri dengan pihak sekolah demi kebaikan anak bongsunya itu. “Saya ada bertemu dengan guru disiplin di sekolah Daud dan saya dimaklumkan bahawa anak saya tidaklah menghadapi masalah disiplin yang besar. “Cuma yang kecil-kecil sahaja seperti baju kemeja sekolahnya tidak dimasukkan betul-betul ke dalam seluar supaya nampak kemas,” katanya.
Menurutnya, Daud juga akan menjalani sesi kaunseling oleh guru kaunseling di sekolahnya supaya semangatnya untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran, tidak terganggu.

Kita harap si Daud ni insaflah ye. Kita tak mahu dengar lepas ni 'Daud ke mahkamah kerana menyebabkan kematian seorang guru'. Semoga Daud menjadi insan yang berguna dan berakhlak mulia.

#######################################################

Isu yang sangat hangat, apa lagi kalau bukan isu
Kenaikan gaji kakitangan awam.

Contoh pengiraan yang masih didebatkan di kantin-kantin sekolah dan di bilik guru.
100 peratus
- kenaikan Elaun Kos Sara Hidup (Cola)
* Kadar semasa RM100 sebulan; kadar baru RM200 sebulan (luar bandar)
* Kadar semasa RM150 sebulan; kadar baru RM300 sebulan (bandar)

35 peratus - Kumpulan Sokongan II
* Gred 1 hingga 16
* Contoh: pemandu, tukang masak, buruh dan pembantu pejabat
* Gaji semasa: RM499.64 (minimum) / RM872.89 (maksimum)
* Gaji baru: RM674.51 (minimum) / RM1,178.40 (maksimum)

25 peratus - Kumpulan Sokongan I
* Gred 17 hingga 40
* Contoh 1: kerani
* Gaji semasa: RM656.30 (minimum) / RM1,721.10 (maksimum)
* Gaji baru: RM820.37 (minimum) / RM2,151.37 (maksimum)
* Contoh 2: guru lepasan diploma
* gaji semasa: RM1,124.57 (minimum) / RM2,428.95 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,405.71 (minimum) / RM3,036.18 (maksimum)

15 peratus - Kumpulan Pengurusan dan Profesional
* Gred 41 hingga 54
* Contoh 1: guru lepasan ijazah
* Gaji semasa: RM1,474.65 (minimum) / RM4,039.85 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,695.84 (minimum) / RM4,645.82 (maksimum)
* Contoh 2: Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)
* Gaji semasa: RM1,733.59 (minimum) / RM4,102.77 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,993.62 (minimum) / RM4,718.18 (maksimum)

7.5 peratus - Kumpulan Pengurusan Tertinggi
* Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)
* Contoh 1: Ketua Pengarah
* Gaji semasa: RM6,571.40 (minimum) / RM8,229.10 (maksimum)
* Gaji baru: RM7.064.25 (minimum) / RM8,846.10 (maksimum)
* Contoh 2: pengarah jabatan
* Gaji semasa: RM6,135.80 (minimum) / RM7,672.50 (maksimum)
* Gaji baru: RM6,595.98 (minimum) / RM8,247.93 (maksimum)


Kenaikan gaji PDRM dan ATM

42 peratus - Kumpulan Sokongan II
* Gred 1 hingga 16
* Contoh: Prebet
* Gaji semasa: RM684.00 (minimum) - RM1,670.17 (maksimum)
* Gaji baru: RM923.4 (minimum) - RM2,254.7 (maksimum)

30 peratus - Kumpulan Sokongan I
* Gred 17 hingga 40
* Contoh: Leftenan Muda
* Gaji semasa: RM1,175.00 (minimum) - RM1,781.21 (maksimum)
* Gaji baru: RM1,468.75 (minimum) - RM2,226.5 (maksimum)

18 peratus - Kumpulan Pengurusan dan Profesional
* Gred 41 hingga 54
* Contoh: Kolonel
* Gaji semasa: RM4,460.46 (minimum) - (maksimum) RM5,816.87 -
* Gaji baru: RM5,129.5 (minimum) - RM6,594.9 (maksimum)

9 peratus - Kumpulan Pengurusan Tertinggi
Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa)
* Contoh: Brig Jeneral
* Gaji semasa: RM4,975.00 (minimum) - RM6,699.25 (maksimum)
* Gaji baru: RM5,348.12 (minimum) - RM7,201.6 (maksimum)

Rasanya kena tunggu pekeliling keluar dulu lah baru boleh berangan-angan.

#####################################################

Yayasan bantu guru -- Dana RM300j diperuntuk termasuk RM100j sumbangan kerajaan

JOHOR BAHRU 16 Mei – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn bagi menjaga kebajikan dan pembangunan guru di negara ini yang disifatkan sebagai hadiah kepada seluruh warga pendidik sempena sambutan Hari Guru tahun ini.
Perdana Menteri berkata, yayasan berkenaan akan mempunyai dana sebanyak RM300 juta dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya, daripada jumlah itu, RM200 juta adalah daripada dana dan aset sedia ada Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) dan kerajaan menyumbang RM100 juta.
“Fungsi utama Yayasan Guru Tun Hussein Onn adalah (menjaga) kebajikan guru-guru seperti masa kecemasan, khairat dan banyak lagi.
“Ia adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menambah baik kerjaya perguruan dan memelihara kebajikan para guru,” katanya.
Perdana Menteri mengumumkan penubuhan yayasan itu ketika berucap melancarkan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-36 di sini, malam ini.
Hadir sama pada sambutan bertemakan Guru Penjana Modal Insan Gemilang - Terima Kasih Cikgu itu Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman serta kira-kira 3,000 guru dari seluruh negara.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Tokoh Pengurusan Pendidikan kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Mohd. Noordin.
Abdullah turut menyampaikan tiga Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan kepada Datuk Muhamad Mustaffa, Datuk Abdul Majid Omar dan Gerald Lee Leong Ai.
Perdana Menteri berkata, berbeza dengan penubuhan sebahagian besar yayasan lain yang terpaksa bermula dari kerangka asas, penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn dilaksanakan dengan menggabungkan keupayaan sedia ada melalui entiti tertentu.
Pada majlis itu Abdullah turut mengumumkan bahawa skim kenaikan pangkat pengetua sekolah menengah diperluaskan kepada guru-guru besar bukan siswazah di sekolah rendah sekali gus menyaksikan tangga gaji baru diwujudkan dari gred DGA 34 kepada DGA 38.
“Sebanyak 30 peratus atau 1,600 perjawatan baru gred baru guru sekolah rendah akan diwujudkan tetapi buat permulaan 300 jawatan baru diwujudkan setiap tahun sehingga ia mencapai sasaran,” jelas beliau.
Sehubungan itu Abdullah berharap Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan berusaha bersungguh-sungguh merealisasikan usaha menambah baik program pelajaran dan pembelajaran di negara ini.
Beliau juga turut mengingatkan warga pendidik supaya sentiasa berusaha membaiki kualiti diri sebagai nilai tambah kepada kejayaan peribadi dan profesion itu sendiri selain supaya ia menjadi relevan dengan zaman dan anak-anak yang dididik pula maju dengan ilmu yang diberikan.
Katanya modal insan perlu dibentuk dengan pengetahuan dan kemahiran yang selari dengan cabaran dihadapi negara pada masa ini.
“Ketika ini kita menghadapi pelbagai saingan dan cabaran daripada negara-negara seperti China, India serta cabaran terhadap produk-produk kita.”
“Kalau mereka maju, cemerlang dan terbilang, kita juga perlu maju, cemerlang dan terbilang, jika tidak kita akan terkebelakang. Kejayaan pembangunan modal insan oleh guru-guru adalah amat penting,” katanya.

#####################################################

Harap-harap dapat lah kita merasa manfaat dari yayasan tu ye...


Apeng
Apeng
Latest page update: made by Apeng , Jan 12 2009, 8:49 AM EST (about this update About This Update Apeng Edited by Apeng

134 words added
1 image added

view changes

- complete history)
Keyword tags: None
More Info: links to this page
There are no threads for this page.  Be the first to start a new thread.